Saturday 8 October 2011

Bidadari di syurga






Di dunia ini apabila melihat seseorang yang sangat cantik, “ Cantiknya dia.. Bidadari turun dari syurga ke?”. “Dia cantik macam bidadari la..” Betapa cantiknya bidadari sehingga segala kecantikan itu disamakan dengan dirinya.  Bidadari adalah anugerah yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada lelaki yang memasuki syurga. Bagi wanita yang solehah, dia akan menjadi ketua bidadari, bagi suaminya disyurga nanti.


Kisahnya,


Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain Pada suatu pagi (dalam bulan puasa) Rasullullah s.a.w pernah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Setelah mendengar targhib tersebut, seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin untuk mengetahui betapa cantiknya bidadari itu tetapi dia tidak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Sebelum Zohor mengikut sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah). Sahabat yang muda yang bersama jemaah tadi turut tidur bersama-sama.  Semasa tidur dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanya tempat dia berada sekarang. Orang itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Maka ditunjukkan ke satu arah lalu berjalanlah dia mengikut arah yag ditunjukkan. Pada suatu pepohon dia mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu...tak pernah dilihat di dunia ini...lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah...wanita itu menjawab....”Saya khadamnya..Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda- ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab.."Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini..Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.." lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu..lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua....dan tak pernah dia lihat di dunia....lalu wanita itu berkata.. " Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.." Apabila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab..."nanti..kamu belum syahid lagi..."

Tersentak itu, sahabat itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar tidak menceritakan cerita ini kepada nabi SAW...tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid,di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi...dalam menceritakan itu nabi menjawab "benar...benar...benar..." sepanjang cerita tersebut disampaikan. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga sana....subhanallah...

Wallahu A'lam...

p/s : wanita solehah dicemburui bidadari di syurga :)


Layan lagu : UNIC - Ainul Mardhiah






No comments:

Post a Comment